Thursday 14 July 2016

Menu Makan Tengah Hari Di Pejabat dengan Resepi Ikan Salmon Ini.Memang Mewah!



Bahan-Bahan
1 potong/ketul salmon bersaiz sederhana atau besar.
1 biji kentang bersaiz sederhana – dikupas dan dibelah dua.
5 batang asparagus bersaiz besar atau sederhana – dicuci dan toskan.
1 biji lemon
Sedikit daun ketumbar
Minyak zaitun.
Butter.
Cara Penyediaan
1.Bersihkan salmon dan kemudian taburkan sedikit garam dan lada hitam di kedua-dua belah dan ketepikan.
2.Didihkan air dan rebus kentang sehingga empuk dan masukkan satu sudu butter dan secubit garam.
3.Gunakan lesung batu atau blender – masukkan sedikit daun ketumbar, dan bawang putih kemudian tumbuk atau mesin sehingga hancur. Kemudian keluarkan, dan masukkan ke dalam bekas lain dan masukkan2 sudu minyak zaitun, sedikit perahan lemon dan juga garam. Kacau sebati dan asingkan.
4.Panaskan kuali leper atau non-stick pan, masukkan 1 sudu minyak zaitun dan masukkan ikan salmon tadi. Garingkan kedua-dua belah ikan tersebut dalam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam oven untuk 5 minit lagi (tak perlu masukkan pun tak apa, tapi goreng salmon sehingga 7 minit). Angkat dan hidangkan di atas pinggan.
5.Sementara itu, matikan api di rebusan kentang tadi dan masukkan asparagus seketika (sekitar 30 saat) dan kemudian toskan.
6.Hidangkan salmon bersama kentang dan asparagus dan kemudian renjiskan sos yang dibuat tadi ke atasnya.

Resepi Mushroom Soup



Bahan-Bahan :-

200-300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis

90gm butter / margarine 

1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil

1 ulas bawang putih – diketuk

1.2 lliter stok ayam (saya guna kiub ayam maggi 1 ketul) – didihkan air dan masukkan kiub tadi – kemudian ketepikan.

1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)

3 sudu besar tepung gandum.

1 ranting Parsli – sekiranya ada

Lada hitam dan garam secukup rasa.



Penyediaannya

1. Panaskan butter/margarine tadi di dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan jangan sampai bawang bertukar warna.

2. Kemudian masukkan cendawan butang yg dihiris nipis tadi dan kacau selama 2-3 minit.

3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.

5. Masukkan stok ayam tadi – kacau sebati dan biarkan mendidih.

6. Selepas mendidih – ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.

7. Dengan menggunakan “food processor” atau “blender” hancurkan (blend) sup tadi sehingga sebati.

8. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu dan biarkan mendidih.

9. Selepas mendidih – matikan api dan hidangkan ketika panas.

10. Taburkan parsli dan lada hitam di atas sup. Sesuai dihidang bersama roti bawang putih (garlic bread)

Lepas Ni Tak Perlu Beli Karipap Lepas Ikut Resepi Ni




Bahan untuk inti:
  • 1 biji bawawang besar(cincang)
  • 3 ulas bawawang putih(cincang)
  • 6biji kentang(potong dadu)
  • isi ayam(agak2)
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 kiub ayam
  • Air
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kulit:
  • 2@3cwn tepungg gandum
  • 1 senduk kecil marjerin(penuh)+2sudu makan myk masak d cairkan
  • air(agak)

Cara Penyediaan:

  1. Rebus kentang hingga 3/4 masak. toskan.
  2. Tumis bahan cincang smpi.wangi
  3. Masuk isi ayam,kacau
  4. Masuk kentang ,serbuk kari daging, dan air, kacau hingga sebati, biar sampai pecah minyak
  5. bila agak kering,tambah air lagi &kiub..kacau smpi kiub hancur
  6. masuk gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biar agak kering..tutup api dan siap.
  7. *Tip: nak tambah daun sup(hiris halus)@ganti ayam dgn sadin pun boleh
  8. Cara cara penuh:
  9. Masuk tepung gandum dlm bekas, buat lubang di tengah-tengah
  10. Tuang sedikit marjerin yang di cairkan(panas-panas untuk medapatkan kulit yang rapuh)..
  11. Gaul sebati.bole tambah air klu rasa kurang, uli smpi jadi doh(Uli sampai tak melekat di tangan.).
  12. Doh buat bulat kecil-kecil, gelek dgn penggelek nipis-nipis menggunakan doh roller
  13. Letekkan sedikit inti di tengah
  14. Gunting utk bagi sama dan klim
  15. Goreng hingga garing. dan sedia di hidangkan

Resepi Bihun Goreng Ni Paling Mudah Nak Disediakan.



Bahan-Bahan:

1 peket bihun, rendam sehingga lembut
1 mangkuk udang kecil, yang telah dibuang kulit
1 mangkuk kecil isi ayam
1 biji tomato, hiris kasar
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
fishball, potong dua
1 genggam taugeh
1 tangkai sawi, dibersihkan dan potong
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
lada sulah
kicap manis secukup rasa
kicap cair secukup rasa


Cara Penyediaan:

1.Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Boleh juga dihiris nipis.

2.Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak.

3.Masukkan kicap manis, sos cili, isi udang, fishball, batang sawi, serbuk lada sulah dan kacau seketika. Kemudian masukkan semua bihun dan sedikit air. Kacau sehingga bihun lembut dan sebati.

4.Akhir sekali masukkan semua taugeh dan daun sawi, terus kacau sehingga semua bahan sehingga masak sekata. Kemudian masukkan garam halus serta gula secukup rasa. Pada peringkat ini, rasa masin dan manis adalah terpulang kepada citarasa anda.
Hiaskan dengan daun bawang dan telur dadar yang dihiris nipis.

Resepi Sandwich Sardin




Bahan bahan:
1 tin sardin
Garam
3-4 ulas bawang merah - hiris
Air asam limau nipis
2 biji cili merah dan hijau
Timun
Tomato buah
Bawang besar
Roti
Butter

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang dihiris sehingga wangi. Masukkan sardin yang telah dilecek. Masukkan sedikit sos sardin. Kacau rata sehingga nampak masak. Masukkan cili yang telah dihiris. Masukkan garam dan air asam limau nipis. Angkat. Sudukan lebihan minyak.

Resepi Ikan Sambal





IKAN MASAK SAMBAL
Bahan-Bahannya:
3 ketul isi ikan - kali ini saya gunakan isi ikan nyok-nyok. Digaram kunyit dan digoreng.
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan air asam jawa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang bulat
1 batang serai - dititik

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



Cara Masak:

1.Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.

2.Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.

3.Masukkan air asam jawa, air, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan mendidih.

4.Masukkan ikan goreng dan bawang besar. Kacau rata. Masak hingga kuahnya pekat dan menyaluti ikan.Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tuesday 12 July 2016

Tengah Hari Esok Boleh Makan Nasi Goreng Ayahanda Ni Dekat Office Kalau Ikut Resepi Ini




Hai! Bertemu lagi kita dalam menu yang seterusnya.Korang mungkin tertunggu-tunggu apa resepi seterusnya yang kami nak SHARE dengan korang kan?

So,dalam post kali ini kami nak SHARE satu resepi yang mudah untuk korang yang baru-baru nak berjinak masak bekal untuk bawa ke pejabat atau tempat kerja korang.


So,menu ni ramai orang-orang tua panggil Nasi Goreng Ayahanda.


Bahan-bahannya:

6 cawan nasi putih
3 sudu besar udang kering - direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan.
3 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah dihiris
Garam, gula dan perasa 
Minyak untuk menumis




Cara-cara menyediakannya:
1. Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata.


2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Jangan sampai rentung.


3. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan.


4. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.


5. Sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Sajian Dapur Bonda