Showing posts with label kedai nasi lemak sedap. Show all posts
Showing posts with label kedai nasi lemak sedap. Show all posts

Tuesday 2 August 2016

Kombinasi Nasi Lemak Dengan Lauk Western Ini Membuatkan Ramai Yang Tak Senang Duduk

Nasi lemak boleh dikatakan sebagai makanan yang paling digemari oleh orang Malaysia. Pergi je ke mana pun, mesti ada pilihan nasi lemak untuk dibeli. Food court mesti ada nasi lemak, kantin mesti ada nasi lemak, kopitiam mesti ada nasi lemak, silap-silap kalau ada kena dengan musim, fast food pun ada sediakan nasi lemak.
Sekitar Lembah Klang, ada banyak kedai yang menjual nasi lemak yang menarik perhatian kami. Sebagai contoh, nasi lemak bumbung, nasi lemak kreuk kreuk, nasi lemak 222, nasi lemak lori, nasi lemak goreng dan banyak lagi tempat yang best-best untuk melempiaskan nafsu makan terhadap nasi lemak ni.
Tapi baru-baru ini, ada muncul satu food truck yang menjual nasi lemak yang unik sedikit dari yang lain; nasi lemak yang makan dengan lauk western. Bunyi macam pelik? Tapi food truck ni sekarang dah menjadi buah mulut netizen di media sosial.
Nasi lemak yang dimakan dengan pilihan lauk seperti chicken chop, chicken grill, butter chicken (ini kegemaran orang Subang Jaya), meatballs dan juga chicken wings ini terletak di Nilai dan mereka menamakan perniagaan food truck sebagai Cik Mak Pak Hang.
Pernah dengar?

Kalau tak pernah dengar, mari kami bagi tahu apa sangat yang istimewanya tentang CikMakPakHang ini.
Antara yang menarik perhatian pasal mereka ini adalah harga makanan dia orang yang murah. Kami pernah ternampak satu tweet di Twitter yang mengatakan dia orang berniaga macam taknak untung. Murah betul! Bayangkan kalau makan nasi lemak dengan chicken chop baru RM5. Dan portion dia bukan sikit, ayam dia bukan kecik, ayam dia besar, nasi dia banyak!
Senarai Menu
Selain dari nasi lemak yang menjadi kegemaran pelajar di kawasan sekeliling tapak niaga mereka (iaitu di Inti College Nilai). Menu lain yang disediakan juga menjadi perbualan orang ramai, antaranya seperti Mac N Cheese Meatballs dan juga Chicken Wings Hot Sauce.
Berkenaan meatballs pula, kami prefer katakan meatballs yang mereka sediakan setanding dengan meatballs terkenal di Mutiara Damansara sana. Memang sedap!







Dengan harga yang murah kami pun decide untuk rasa semua menu. Menu yang mereka sediakan sangat sedap. Setiap malam juga mereka sediakan hidangan sampingan lain seperti bubur, agar-agar dan lain-lain.
Lokasi: Dihadapan Kolej INTI, Nilai
Waktu operasi: Setiap hari pada 6PM hingga 1AM