Showing posts with label cara buat roti puri. Show all posts
Showing posts with label cara buat roti puri. Show all posts

Thursday, 28 July 2016

Step By Step Buat Roti Puri,Makan Dengan Sambal Sedap Ni.



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak



Cara-cara Nak Buat:



1.Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar.Masukkan juga garam




2.Tuangkan air sedikit-sedikit.Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan.Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan.Uli lagi hingga doh lembut



3.Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit.Ambil sedikit doh sebesar guli
Canai doh nipis.Buat sehingga semua adunan habis.




4.Bentuknya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat
Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri.





5.Panaskan minyak dalam kuali.Anda perlu pastikan minyak betul-betul panas. Jika anda masukkan doh puri tak mengelembung ini bermakna minyak itu tidak cukup panas.



6.Masukkan doh yang telah di canai nipis tadi dalam minyak panas
Tekan-tekan atau tengelamkannya dalam minyak dengan sudip hingga ia mengelembung.



7.Bila dah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula
Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya hingga ia mengelembung



8.Bila dah gelembung terus angkat.
Tak perlu banyak kali balik-balikkan. Hanya 2 kali balikkan sahaja ya







Alright,puri kita dah pun siap.Kalau pekena dengan sambal ikan bilis atau kari ni mahu terangkat.:D