Kami bet korang pasti tak sabar nak terbang dengan kuali-kuali korang dekat dapur sebab nak cuba masak Nasi Goreng Kampung kan?
Ok Ini antara-antara barang-barang yang perlu kita sedikan:
3 cawan nasi sejuk ~ diperoikan
1/2 ikat kangkung ~ dipotong dan dicuci bersih
1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
garam secukup rasa
Bahan-bahan ini untuk ditumbuk
7 biji cili padi ~ lebih atau kurang ikut kepedasan masing-masing
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu ikan bilis
Cara-cara untuk menyediakan Nasi Goreng Kampung:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk. Bahan ini sebaiknya dittumbuk ya, sebab kita tak nak ia banyak air sebaiknya kering. Kalau tak nak tumbuk, boleh kisar tapi kisar kering.
2.Tumis hingga harum, jika terlau kering tambahkan sedikit sahaja air.Jangan banyak-banyak pulak
3.Perasakan dengan garam secukup rasa
4Masukkan sayur kangkung dan gaul rata.Kemudian,masukkan nasi dan gaul rata
5.Boleh tambahkan kicap manis jika suka
6.Bila dah siap tutup apiBaru masukkan ikan bilis dan gaul rata
Hidangkan nasi goreng kampung bersama sambal belacan, kerupuk dan ulam-ulaman
0 comments:
Post a Comment