Thursday 14 July 2016

Bosan Asyik Bawak Bekal Sama Ke Tempat Kerja? Esok Cuba Spaghetti Aglio Ni



Bahan bahan:

500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper

Seafood:
8 scallops
8 mussels
Udang, sotong atau apa apa yg disukai



Cara cara:


1.Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.


2.Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.


3.Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing.


4.  Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula lain lain seafood. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.


5.Bila seafood hampir masak, masukkan pasta. Pasta  hanya direbus 3/4  masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.


6.Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper. 


7.Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.

0 comments:

Post a Comment