Wednesday, 10 August 2016

Resepi Terung Goreng Tepung



Bahan-bahan Untuk Buat Terung Goreng Tepung:

1.Terung

2.Serbuk Tepung




Cara-cara Menyediakan Terung Goreng Tepung:

1.Ok ni dia terung kita..basuh bersih-bersih yer.






2.Potong terung ikut suka hati kita ye.Kami 

potong panjang-panjang macam ni senang 

nak ngap masuk mulut.






3.Bancuh tepung macam nak goreng pisang 

tu tapi arini sy try guna tepung ni. Bancuhan 

agak-agak je la jangan pekat atau cair 

sangat agak boleh lekat kat terung dah lah.







4.Masukkan terung tadi dalam tepung yang 

dah siap dibancuh..






5.Pastu goreng je dalam minyak yang dah 

panas.. tapi masa goreng tu slow skit api tu 

takut hangus plak sebab terung ni cepat 

masak. Goreng agak-agak garing tu boleh la 

angkat & toskan minyak dia ye







6.Siap! dan boleh krup krup krap.


Cara Masak Ikan 3 Rasa Macam Tukang Masak Profesional Dari Thailand.



BAHAN-BAHAN:

1. Sebijik bawang holland


2.Cili padi (Kuantiti ikut citarasa korang la 

yek) nak pedas taruk lebih k😬



3. 5 ulas bawang putih


4. Halia

5. 4 batang serai


6. 3 atau 4 helai Daun limau purut


7.Sos tiram dan sos cili



P/s: Nak buh hirisan bunga kantan pun boleh.










CARA-CARA

1. Panas kan minyak.Tumis bawang 

holland,bawang putih dan halia sehingga 

naik bau.





2. Masuk kan cili padi,serai dan daun limau purut.





3. Kacau seketika.






4. Masuk kan cili giling atau cili kisar atau cili 

boh pun boleh.Mana-mana pun tak apa.






5. Tumis hingga pecah minyak.





6. Masuk kan sos cili dan sos tiram.






7. Masuk kan air mengikut citarasa korang 

kuah lebih boleh lebihkan air.Masak 

sehingga mendidih .Masuk kan air perahan 

limau satu atau dua sudu besar,sedikit gula ,

garam dan serbuk perasa secukup rasa .Ok 

dah siap .


P/s: Garam masuk kan sedikit je ya sebab sos tiram dah cukup masin.







Ikan yang siap digoreng garing yang telah 

dilumur garam dan kunyit. 


P/s: Nak guna ikan apa boleh Ikut citarasa 

korang ye.. Tapi ikan siakap the best.




Akhir sekali ...Tuang sos yang telah 

dimasak tadi ke atas ikan..Tadaaaa dah 

siap..Makan panas2 bersama 

nasi..Sedap!nasi pun boleh bertambah2..
.
.

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


.

Tuesday, 9 August 2016

Macam Ni Caranya Buat Puding Roti,Klik Untuk Dapatkan Resepi Ini



Bahan-bahan & Alatan Yang Diperlukan Untuk Buat Puding Roti Ni:


(1) 4 pcs loyang aluminium (griskan dengan 

butter)

(2) 12 keping roti.


(3) Kismis secukupnya.


(4) 6 biji telor.


(5) 4 sudu besar butter.



(6) 4 cwn fresh milk.


(7) 1/2 cwn gula.


(8) 1 penutup esen vanilla (guna penutup 

botol.




Cara-cara Menyediakan Puding Roti:


1.Carikkan roti masukkan ke dalam loyang 

berselang selang dengan kismis sehingga 

penuh seperti di dalam gambar. 1 loyang 3 

pcs roti.







2.Pukul gula esen vanilla dan butter sampai

kembang.Masukkan telur satu 

persatu.Masukkan susu & kacau hingga 

sebati.Tuang adunan tadi ke dalam loyang. 

Biarkan lebih kurang setengah hingga 1 jam 

sebelum dibakar.








3.Suhu 160 api atas bawah. Panaskan oven 

lebih kurang 10 minit sebelum masukkan 

puding. Bakar selama 30 minit atau sehingga 

masak mengikut oven masing-masing.





4.Didihkan 2 cawan fresh milk. Masukkan 2 

sudu tepung kastard yang dibancuh dengan 

sedikit air dan gula secukup rasa. Masak 

sehingga sos pekat mengikut citarasa 

masing-masing. Jangan pekat sangat. Dah 

siap, nanti boleh tuang atas puding masa nak 

makan.






5.PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD

.
Sesuai untuk minum petang.


Puding ni sedap makan sejuk-sejuk.simpan 


dalam peti sejuk jap baru best.


Monday, 8 August 2016

Sapa Yang Tak Tahu Cara Buat Ayam Masak Kicap Boleh Follow Resepi Ni.

Cara-cara Buat Ayam Masak Kicap:

1.Kita perlukan 1/2 Ekor Ayam Segar.



2.Masukkan satu sudu garam.Satu garam sudah cukup.Jangan lebih.





3.Masukkan 1 sudu kecik serbuk kunyit &

sudu kecik pes halia.Kalau takda pes halia 

 bleh sagat halia tu jadikan pes.






4,Masukkan 1 sudu kecik pes cili.Cili 

blender pon boleh.







5.Kicap tepulang la nak banyak mana. 

Ikut korang la.Kami agak-agak ayam 

tenggelam dah cukup.. kalau nak lebih 

ikot la.hakak tak kesah (Kicap lemak 

manis)







5.Gaul sume bahan-bahan tadi jadi macam 

ni sebati.Ok kemudian wrap kan.Lepas tu 

perap dalam 30minit.








6.Bahan tumis ni wajib kot...sebab kalau 

takda xspesial la korang pnye lauk nanti..


Bawang besor


Bawang putih

Cili kering

Halia
Daun kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Biji pelaga





7.Ok tumis kulit kayu manis biji pelaga n 

bunga lawang.Guna api kecil sahaja.Tak 

perlu besar-besar.






8.Masukkan Cili Kering & daun kari.





9.Dah agak garing cili kering tadi boleh masukkan bawang.Bawang putih 

dengan halia.Tumis sampai naik bauuu.






10.Masukkan pulak tomato.




11.Masokkan ayam yang telah diperap 

tadi.Ayam je tau,yang kuahnya jangan 

masukkan letak tepi.Kacau sehingga 

rata.Kemudian tutup.








12.Dah tu baru masukkan cecair dr lebihan 
perap td.Biar masak dalam 5 hingga 10 

minit.Lepastu tutup api...rase la kot ko rase 
tak cukup masin boleh tambah garam lg



13.Ok dah siap boleh angkat pastu boleh la makan.