Tuesday 9 August 2016

Macam Ni Caranya Buat Puding Roti,Klik Untuk Dapatkan Resepi Ini



Bahan-bahan & Alatan Yang Diperlukan Untuk Buat Puding Roti Ni:


(1) 4 pcs loyang aluminium (griskan dengan 

butter)

(2) 12 keping roti.


(3) Kismis secukupnya.


(4) 6 biji telor.


(5) 4 sudu besar butter.



(6) 4 cwn fresh milk.


(7) 1/2 cwn gula.


(8) 1 penutup esen vanilla (guna penutup 

botol.




Cara-cara Menyediakan Puding Roti:


1.Carikkan roti masukkan ke dalam loyang 

berselang selang dengan kismis sehingga 

penuh seperti di dalam gambar. 1 loyang 3 

pcs roti.







2.Pukul gula esen vanilla dan butter sampai

kembang.Masukkan telur satu 

persatu.Masukkan susu & kacau hingga 

sebati.Tuang adunan tadi ke dalam loyang. 

Biarkan lebih kurang setengah hingga 1 jam 

sebelum dibakar.








3.Suhu 160 api atas bawah. Panaskan oven 

lebih kurang 10 minit sebelum masukkan 

puding. Bakar selama 30 minit atau sehingga 

masak mengikut oven masing-masing.





4.Didihkan 2 cawan fresh milk. Masukkan 2 

sudu tepung kastard yang dibancuh dengan 

sedikit air dan gula secukup rasa. Masak 

sehingga sos pekat mengikut citarasa 

masing-masing. Jangan pekat sangat. Dah 

siap, nanti boleh tuang atas puding masa nak 

makan.






5.PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD

.
Sesuai untuk minum petang.


Puding ni sedap makan sejuk-sejuk.simpan 


dalam peti sejuk jap baru best.


Monday 8 August 2016

Sapa Yang Tak Tahu Cara Buat Ayam Masak Kicap Boleh Follow Resepi Ni.

Cara-cara Buat Ayam Masak Kicap:

1.Kita perlukan 1/2 Ekor Ayam Segar.



2.Masukkan satu sudu garam.Satu garam sudah cukup.Jangan lebih.





3.Masukkan 1 sudu kecik serbuk kunyit &

sudu kecik pes halia.Kalau takda pes halia 

 bleh sagat halia tu jadikan pes.






4,Masukkan 1 sudu kecik pes cili.Cili 

blender pon boleh.







5.Kicap tepulang la nak banyak mana. 

Ikut korang la.Kami agak-agak ayam 

tenggelam dah cukup.. kalau nak lebih 

ikot la.hakak tak kesah (Kicap lemak 

manis)







5.Gaul sume bahan-bahan tadi jadi macam 

ni sebati.Ok kemudian wrap kan.Lepas tu 

perap dalam 30minit.








6.Bahan tumis ni wajib kot...sebab kalau 

takda xspesial la korang pnye lauk nanti..


Bawang besor


Bawang putih

Cili kering

Halia
Daun kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Biji pelaga





7.Ok tumis kulit kayu manis biji pelaga n 

bunga lawang.Guna api kecil sahaja.Tak 

perlu besar-besar.






8.Masukkan Cili Kering & daun kari.





9.Dah agak garing cili kering tadi boleh masukkan bawang.Bawang putih 

dengan halia.Tumis sampai naik bauuu.






10.Masukkan pulak tomato.




11.Masokkan ayam yang telah diperap 

tadi.Ayam je tau,yang kuahnya jangan 

masukkan letak tepi.Kacau sehingga 

rata.Kemudian tutup.








12.Dah tu baru masukkan cecair dr lebihan 
perap td.Biar masak dalam 5 hingga 10 

minit.Lepastu tutup api...rase la kot ko rase 
tak cukup masin boleh tambah garam lg



13.Ok dah siap boleh angkat pastu boleh la makan.



Sunday 7 August 2016

Step By Step Cara Buat Cheezy Boat Meleleh




Bahan-bahan Untuk Buat Cheezy Boat Meleleh:

3 sosej (gorengkan sekejap)

3biji telur

1/4 cawan susu segar

Mozarella

Roti bagguette

Sedikit garam & Pepper







Cara-Cara Menyediakan Cheezy Boat Meleleh:

1.Combine semua sekali dan kacau.





2.Buatkan ruang di tengah-tengah ala bentuk 

sampan/boat.Sebab tu panggil Cheezy Boat.

3.Tuangkan semua yg dikacau sebati ke 

dalam roti. Jangan risau xkan tumpah. Sebab 

roti serap telur n susu. 



Taburkan Mozarella

Optional: tabur paprika / daun bawang 

Bakar dalam oven 160c ,20min.







4.Siappp!!!!





5.Crunchy kat luar dalam lembut jer rasa 

telur dalm roti. Sesuai makan dgn sos cili..



.

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


Resepi Daging Masak Merah Dengan Nasi Goreng Belacan Ni Memang Umph!



Bahan-Bahan:
300gm Daging yg direbus dgn pewarna

3bj bwg putih diketuk

1/2bwg holland dihiris


2inchi halia

1bj tomato
Cili padi

Cili merah

5sudu sos cili

Sedikit air rebusan dgg(warna merah)

Garam

Serbuk secukup rasa maggi









Cara-Cara Menyediakan Daging Masak 

Merah:

1- tumiskan bwg putih..halia dan sedikit cili 

padi dan goreng npk kekuningan 


2- Masukkan dging goreng sampai garing 

sikit..



3- Masukkan sos dan tomato


4- Masukkan sedikit garam dan serbuk 

secukup rasa maggi

5- Masukkan sedikit air rebusan dgg(warna 

merah)


6- Last sekali masukkan cili merah,cili padi 

dan bawang holland..






Resepi Nasi Goreng Belacan:

Bahan-bahan:

2biji cili merah

4biji cili padi
1ibu jari belacan
**tumbuk lumat.asingkan

3biji bwg putih
3biji bawang merah
**dadukan.

Sedikit udang.
4-5pinggan Nasi putih
1mangkuk Kangkung
2sudu Sos tiram

2sudu sos ikan
Garam+serbukladahitam+ secukuprasa



Cara-cara:

1. Tumiskan bahan-bahan dadu

2.Masukkan bahan yg ditumbuk smpai 

sedikit brown dan naik Bau

3.Masukkan udang.goreng smpai masak
4.Masukkan nasi +sayur.
5.Perasakan dengan sos ikan & perasa2 yg 

lain.