Saturday, 6 August 2016

Cara Masak Makaroni Cheese Goreng




Bahan-bahannya:

1. 2 kiub pati ayam knorr


2. 2-3 ulas bwg putih diketuk/dihiris

3. 1 packet sosej ayamas dihiris


4. 1 tin cendawan butang (speedmart ade jual) dihiris


5. 1 biji Lada benggala (hijau & merah)


6. 2 tin prego cheese & herbs


7. Macaroni sepaket (dlm 500g)


8. Garam



Kalau nak buat half packet macaroni, boleh kurang kan 

separuh untuk semua bahan kcuali cendawan butang.

Kakau suka, boleh tambah ayam ptong kecil-kecil. Ikut tekak 

masing-masing la ye.







Cara-cara Menyediakan Makaroni Cheese 

Goreng:


1.Tumis bawang putih smpai bertukar warna, lepas tu masukkan kiub pati ayam knorr. Kacau sampai kiub hancur.



2.Masukkan sosej n cendawan butang yg dh dihiris td. Goreng kejap.



3.Tambah minyak sikit kalau kurang.



4.Masukkan sos prego cheese & herbs. Kacau sebati.



5.Masukkan makaroni yang sudah direbus tadi.



6.Kalau kering sangat, masukkan 1/4 cawan air 

masak.Kacau sebati. Tabur sedikit garam.Tak payah banyak-

banyakgaram sebab dalam kiub tadi dah bagi rasa masin.



7.Lepas tu....masukkan lada benggala yang dah 

didadukan.Nampak lawa warna-warni gini kan. Kalau ada 1 

warna je pun takpe nak bg naik seri makaroni. hehe.



8.Utk lebih berkeju, boleh tambahkan sekeping cheddar cheese. Kalau takda pun takpe ye.


















Wednesday, 3 August 2016

Macam Ni Rupanya Buat Creamy Butter Prawn




Assalamualaikum....

Bersiaran lagi kita kali ni... Resepi ni memang slalu buat n banyak kali juga share... Maybe akan ada perbezaan dari sukatan sebab beza ikut jenis n bnyak mana kita buat... 

Kali ni buat jenis creamy.. Actually nk yang bersarang tapi disebabkan tolo xado hahahaha... So buat la yang creamy... Creamy pon creamy la kan yang ponting licin juga hehehehe... Yang tu yag paling nikmat tu bab memasak bila anak n suami makan licin... 


Cuma yang jenis creamy ni xleh makan bnyak sangat... Sebab tu kuah dia kena buat pedas2 skit... Kalau x nanti ada yang xhabis mkn kot.. benda bersusu biasala jadi muak la mkn dengan nasi... Kalau ratah no hal punya laju ja habis hahahaha

Sapa yang suka masakan butter ni pasni boleh buat sendiri no... P kedai rugi kot.. benda mahai dah u sikit ja dpt.. Buat sendiri leh buat banyak.... Jom cekidout resepi....





Bahan-bahan Creamy Butter Prawn:


500 gm udang segar.

3 tangkai daun kari.

4 tangkai cili padi - hiris.

3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang.

1 tin susu cair.

1 sudu besar butter.

1/2 sudu teh garam.

sedikit minyak untuk goreng ayam.




Cara-cara Untuk Buat Creamy Butter Prawn:

1.Panaskan minyak, goreng udang..Ketepikan


2.Keluarkan lebihan minyak, masukkan butter dan tumis bawang putih,cili padi dan daun kari.


3.Masukkan susu cair dan garam. BIarkan mendidih dan kuah memekat.


4.Kemudian masukkan udang gaul rata. Dah siap!


















Resepi Ni Khas Buat Yang Minat Dengan Char Kuew Tiaw




 Kami ucapkan terima kasih sebab sentiasa follow kami dari mula sehingga sekarang.Dalam post kali ni kami akan berkongsi dengan anda semua bagaima caranya untuk membuat Char Kuew Tiaw lagi sedap daripada kedai makan berdekatan rumah anda.


First,kita akan pergi kepada bahan-bahan dan cara untuk membuat kuah Char Kuew Tiaw terlebih dahulu kemudian baru kita akan fokus kepada buat Char Kuew Tiaw.



Bahan-Bahan Untuk Buat Kuah:

2 kiub ikan bilis

20-30 ekor kepala udang

4 ulas bwg putih tumbuk

1 senduk bsr kicap mee

1 senduk besar kicap manis

1 senduk besar sos tiram (lupa letak dlm gmbr)

1.25 liter air


*1 sudu kecik petis (otak udang) ni optional x letak takpe tp 

org mmg buh ni utk pure penang flavour.


Cara-cara Buat Kuah Char Kuew Tiaw:

1.Rebus semua bahan kat atas sampai mendidih dan kepala udang nampak masak.







Bahan-bahan Untuk Buat Char Kuew Tiaw:

Taugeh

Kucai

Udang

Kerang, 

Telur

Kuew tiaw sebungkus



Cara-cara Buat Char Kuew Tiaw:

1.Kalau nak pedas tumis cili giling dengan sesudu minyak masak. Minyak tak boleh banyak nanti berminyak kuah


2.Masukkan sesenduk kuah dulu, saiz senduk kami  macam tuu. Pastu tumis la kucai, kerang, udang sampai separuh masak.


3.Masukkan lagi 3 senduk kuah dan masukkan mee sekali. 

Masak masak sampai Kuew Tiaw masak dan lembut.


4.Masukkan taugeh lambat sikit supaya tak lembik masa makan.


5.Pecahkan telur.


6.Gaul rata.Tunggu mendidih kemudian balik-balikkan terus tutup api.Dah siap










Tuesday, 2 August 2016

Kombinasi Nasi Lemak Dengan Lauk Western Ini Membuatkan Ramai Yang Tak Senang Duduk

Nasi lemak boleh dikatakan sebagai makanan yang paling digemari oleh orang Malaysia. Pergi je ke mana pun, mesti ada pilihan nasi lemak untuk dibeli. Food court mesti ada nasi lemak, kantin mesti ada nasi lemak, kopitiam mesti ada nasi lemak, silap-silap kalau ada kena dengan musim, fast food pun ada sediakan nasi lemak.
Sekitar Lembah Klang, ada banyak kedai yang menjual nasi lemak yang menarik perhatian kami. Sebagai contoh, nasi lemak bumbung, nasi lemak kreuk kreuk, nasi lemak 222, nasi lemak lori, nasi lemak goreng dan banyak lagi tempat yang best-best untuk melempiaskan nafsu makan terhadap nasi lemak ni.
Tapi baru-baru ini, ada muncul satu food truck yang menjual nasi lemak yang unik sedikit dari yang lain; nasi lemak yang makan dengan lauk western. Bunyi macam pelik? Tapi food truck ni sekarang dah menjadi buah mulut netizen di media sosial.
Nasi lemak yang dimakan dengan pilihan lauk seperti chicken chop, chicken grill, butter chicken (ini kegemaran orang Subang Jaya), meatballs dan juga chicken wings ini terletak di Nilai dan mereka menamakan perniagaan food truck sebagai Cik Mak Pak Hang.
Pernah dengar?

Kalau tak pernah dengar, mari kami bagi tahu apa sangat yang istimewanya tentang CikMakPakHang ini.
Antara yang menarik perhatian pasal mereka ini adalah harga makanan dia orang yang murah. Kami pernah ternampak satu tweet di Twitter yang mengatakan dia orang berniaga macam taknak untung. Murah betul! Bayangkan kalau makan nasi lemak dengan chicken chop baru RM5. Dan portion dia bukan sikit, ayam dia bukan kecik, ayam dia besar, nasi dia banyak!
Senarai Menu
Selain dari nasi lemak yang menjadi kegemaran pelajar di kawasan sekeliling tapak niaga mereka (iaitu di Inti College Nilai). Menu lain yang disediakan juga menjadi perbualan orang ramai, antaranya seperti Mac N Cheese Meatballs dan juga Chicken Wings Hot Sauce.
Berkenaan meatballs pula, kami prefer katakan meatballs yang mereka sediakan setanding dengan meatballs terkenal di Mutiara Damansara sana. Memang sedap!







Dengan harga yang murah kami pun decide untuk rasa semua menu. Menu yang mereka sediakan sangat sedap. Setiap malam juga mereka sediakan hidangan sampingan lain seperti bubur, agar-agar dan lain-lain.
Lokasi: Dihadapan Kolej INTI, Nilai
Waktu operasi: Setiap hari pada 6PM hingga 1AM

Monday, 1 August 2016

Cara Buat Aiskrim Untuk Minum Petang-Petang






Bahan-bahan:
roti

aiskrim

cawan atau apa-apa je la utk tekap

garfu saja gatal tangan konon-konon nak bagi lawa








Cara-Cara Menyediakan Ais Krim Goreng:


1.Ok mula-mula amik sekeping roti lepas tu letak aiskrim sikit dekat tengah-tenga tu.Jangan banyak sangat nanti meleleh keluar masa nak tekap.






2.Pastu amik lg sekeping roti letak atas roti yang tadi pastu tekap je la macam dalam gambar di bawah.






3.Nampak?Pastu kalau nak goreng boleh je tapi saya saja suka-suka ambik garfu pastu tekan-tekan dekat bahagian tepi-tepi tu konon-konon nak bagi lawa.








4.Buat la banyak mana nak buat pastu gorengg je la tp saya suka bagi froze dulu baru la masa goreng tu tak makan minyak.






5.Ok kalau nak goreng panaskan minyak pastu goreng je la..kejap je balik  kan gitu jer nanti lama-lama cair lak aiskrim kat dalam tu






6.Ok tada! dah siap.Ni la resepi aiskrim goreng saya.Selamat mencuba.