Wednesday, 3 August 2016

Resepi Ni Khas Buat Yang Minat Dengan Char Kuew Tiaw




 Kami ucapkan terima kasih sebab sentiasa follow kami dari mula sehingga sekarang.Dalam post kali ni kami akan berkongsi dengan anda semua bagaima caranya untuk membuat Char Kuew Tiaw lagi sedap daripada kedai makan berdekatan rumah anda.


First,kita akan pergi kepada bahan-bahan dan cara untuk membuat kuah Char Kuew Tiaw terlebih dahulu kemudian baru kita akan fokus kepada buat Char Kuew Tiaw.



Bahan-Bahan Untuk Buat Kuah:

2 kiub ikan bilis

20-30 ekor kepala udang

4 ulas bwg putih tumbuk

1 senduk bsr kicap mee

1 senduk besar kicap manis

1 senduk besar sos tiram (lupa letak dlm gmbr)

1.25 liter air


*1 sudu kecik petis (otak udang) ni optional x letak takpe tp 

org mmg buh ni utk pure penang flavour.


Cara-cara Buat Kuah Char Kuew Tiaw:

1.Rebus semua bahan kat atas sampai mendidih dan kepala udang nampak masak.







Bahan-bahan Untuk Buat Char Kuew Tiaw:

Taugeh

Kucai

Udang

Kerang, 

Telur

Kuew tiaw sebungkus



Cara-cara Buat Char Kuew Tiaw:

1.Kalau nak pedas tumis cili giling dengan sesudu minyak masak. Minyak tak boleh banyak nanti berminyak kuah


2.Masukkan sesenduk kuah dulu, saiz senduk kami  macam tuu. Pastu tumis la kucai, kerang, udang sampai separuh masak.


3.Masukkan lagi 3 senduk kuah dan masukkan mee sekali. 

Masak masak sampai Kuew Tiaw masak dan lembut.


4.Masukkan taugeh lambat sikit supaya tak lembik masa makan.


5.Pecahkan telur.


6.Gaul rata.Tunggu mendidih kemudian balik-balikkan terus tutup api.Dah siap










Tuesday, 2 August 2016

Kombinasi Nasi Lemak Dengan Lauk Western Ini Membuatkan Ramai Yang Tak Senang Duduk

Nasi lemak boleh dikatakan sebagai makanan yang paling digemari oleh orang Malaysia. Pergi je ke mana pun, mesti ada pilihan nasi lemak untuk dibeli. Food court mesti ada nasi lemak, kantin mesti ada nasi lemak, kopitiam mesti ada nasi lemak, silap-silap kalau ada kena dengan musim, fast food pun ada sediakan nasi lemak.
Sekitar Lembah Klang, ada banyak kedai yang menjual nasi lemak yang menarik perhatian kami. Sebagai contoh, nasi lemak bumbung, nasi lemak kreuk kreuk, nasi lemak 222, nasi lemak lori, nasi lemak goreng dan banyak lagi tempat yang best-best untuk melempiaskan nafsu makan terhadap nasi lemak ni.
Tapi baru-baru ini, ada muncul satu food truck yang menjual nasi lemak yang unik sedikit dari yang lain; nasi lemak yang makan dengan lauk western. Bunyi macam pelik? Tapi food truck ni sekarang dah menjadi buah mulut netizen di media sosial.
Nasi lemak yang dimakan dengan pilihan lauk seperti chicken chop, chicken grill, butter chicken (ini kegemaran orang Subang Jaya), meatballs dan juga chicken wings ini terletak di Nilai dan mereka menamakan perniagaan food truck sebagai Cik Mak Pak Hang.
Pernah dengar?

Kalau tak pernah dengar, mari kami bagi tahu apa sangat yang istimewanya tentang CikMakPakHang ini.
Antara yang menarik perhatian pasal mereka ini adalah harga makanan dia orang yang murah. Kami pernah ternampak satu tweet di Twitter yang mengatakan dia orang berniaga macam taknak untung. Murah betul! Bayangkan kalau makan nasi lemak dengan chicken chop baru RM5. Dan portion dia bukan sikit, ayam dia bukan kecik, ayam dia besar, nasi dia banyak!
Senarai Menu
Selain dari nasi lemak yang menjadi kegemaran pelajar di kawasan sekeliling tapak niaga mereka (iaitu di Inti College Nilai). Menu lain yang disediakan juga menjadi perbualan orang ramai, antaranya seperti Mac N Cheese Meatballs dan juga Chicken Wings Hot Sauce.
Berkenaan meatballs pula, kami prefer katakan meatballs yang mereka sediakan setanding dengan meatballs terkenal di Mutiara Damansara sana. Memang sedap!







Dengan harga yang murah kami pun decide untuk rasa semua menu. Menu yang mereka sediakan sangat sedap. Setiap malam juga mereka sediakan hidangan sampingan lain seperti bubur, agar-agar dan lain-lain.
Lokasi: Dihadapan Kolej INTI, Nilai
Waktu operasi: Setiap hari pada 6PM hingga 1AM

Monday, 1 August 2016

Cara Buat Aiskrim Untuk Minum Petang-Petang






Bahan-bahan:
roti

aiskrim

cawan atau apa-apa je la utk tekap

garfu saja gatal tangan konon-konon nak bagi lawa








Cara-Cara Menyediakan Ais Krim Goreng:


1.Ok mula-mula amik sekeping roti lepas tu letak aiskrim sikit dekat tengah-tenga tu.Jangan banyak sangat nanti meleleh keluar masa nak tekap.






2.Pastu amik lg sekeping roti letak atas roti yang tadi pastu tekap je la macam dalam gambar di bawah.






3.Nampak?Pastu kalau nak goreng boleh je tapi saya saja suka-suka ambik garfu pastu tekan-tekan dekat bahagian tepi-tepi tu konon-konon nak bagi lawa.








4.Buat la banyak mana nak buat pastu gorengg je la tp saya suka bagi froze dulu baru la masa goreng tu tak makan minyak.






5.Ok kalau nak goreng panaskan minyak pastu goreng je la..kejap je balik  kan gitu jer nanti lama-lama cair lak aiskrim kat dalam tu






6.Ok tada! dah siap.Ni la resepi aiskrim goreng saya.Selamat mencuba.


Sunday, 31 July 2016

9 Gambar Cara Menyediakan Creamy Meatball Pasta



Bahan-bahan:

1.Sebungkus meatball dipotong dua dan digoreng. Pilihlah jenama Marina @ Azmy. Jangan beli yang orang buat bakso.Takde feel nanti.

2.Semangkuk pasta direbus. Ni boleh gunakan apa2 jenis pasta. Spiral ke, Makaroni ke, Ribbon ke, Shell ke.

3.1 tin besar Sup Campbell Creamy Mushroom

4.Beberapa keping Cheese. Nak pakai Mozarella pun boleh. Kita pakai apa yang ada je.

5.Beberapa biji bawang putih dihiris. Sebiji capsicum dipotong dadu dan juga 1 tin cendawan dipotong kecil.

6.2 biji telur dipukul - takde dlm gambar







Cara-cara Menyediakan Creamy Pasta Meatball:


1.Tumis bawang putih, cendawan dengan capsicum dengan minyak zaiton. Minyak biasa pun boleh.





2.Masukkan sup Creamy Mushroom dengan 1 cawan air. Masukkan sedikt lada hitam dan serbuk perasa.





3.Masukkan pasta dan gaulkan. Lepas seminit tutup api.




4.Tuang dalam kaserol atau bekas tahan panas oven. Bekas Aluminium Foil pun boleh aje. Tuang juga telur yang telah dikocak.





5.Susun Meatball dan Letakkan Kepingan Cheese. Bakar dalam oven selama 25-30 minit. Api atas bawah.Suhu 250 darjah celcius





6.Tara!!! Dah siap... Takyah kecah-kecah dapur tetamu nak datang. Sesuai dengan kita yang kadang-kadang malas nak kemas.



7.Sedia dihidang. Memang rasa terbuai-buai bila dimakan panas-panas. Sejuk pun okay je.


Hidangkan panas-panas bersama serbuk paprika atau cili sos atau tobasco. Confirm cik Abang dengan anak2 happy. Lagi-lagi kalau hidangkan pada tetamu ðŸ˜˜. Boleh makan 5-6 orang.


Friday, 29 July 2016

Cara Buat Nasi Ayam Lemon Chinese Style



LEMON CHICKEN CHINESE STYLE


Bahan-bahan:

1 keping dada ayam

1 sudu kicap cair

garam 

lada sulah

1 biji telur

3 sudu tepung jagung




Cara-cara buat Ayam Lemon

1.Potong ayam secara dadu.


2.Masukkan kicap kemudian gaulkan secara rata.


3.Masukkan serbuk lada dan garam dan gaul sehingga semua sebati.


4.Kemudian kita masukkan pula tepung jagung dan gaul sehingga semua ayam disalut dengan tepung tadi.Biarkan dalam 5 minit.


5.Ambil kuali & panaskan minyak.Kemudian goreng ayam tadi sehingga 10 minit.Jangan goreng lama-lama takut isi dalam keras.


6.Dah goreng ayam tadi jadi kita ketepikan dulu.Kemudian kita buat sos dia pulak.











Bahan-bahan untuk Buat Sos Lemon:

1 sudu minyak

1 cawan stok ayam

1/4 cawan jus lemon

2 sudu gula

2 keping lemon

Bancuhan tepung (tepung jagung + air)



Cara-cara Buat Sos Lemon:

1.Panaskan minyak, masukkan stok ayam, jus lemon, gula dan hirisan lemon.

2.Bila dah sebati rasa dulu sos ni k

3.Kalau dah cukup rasa keluarkan lemon masukkan bancuhan tepung tadi sikit-sikit sampai dapat kepekatan yang korang nak.

4.Biarkan kuah memekat then masukkan ayam. Gaul sampai semua tersalut

5.Angkat dan taburkan hirisan daun bawang dan bijan yang dah disangai








Thursday, 28 July 2016

Step By Step Buat Roti Puri,Makan Dengan Sambal Sedap Ni.



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak



Cara-cara Nak Buat:



1.Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar.Masukkan juga garam




2.Tuangkan air sedikit-sedikit.Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan.Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan.Uli lagi hingga doh lembut



3.Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit.Ambil sedikit doh sebesar guli
Canai doh nipis.Buat sehingga semua adunan habis.




4.Bentuknya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat
Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri.





5.Panaskan minyak dalam kuali.Anda perlu pastikan minyak betul-betul panas. Jika anda masukkan doh puri tak mengelembung ini bermakna minyak itu tidak cukup panas.



6.Masukkan doh yang telah di canai nipis tadi dalam minyak panas
Tekan-tekan atau tengelamkannya dalam minyak dengan sudip hingga ia mengelembung.



7.Bila dah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula
Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya hingga ia mengelembung



8.Bila dah gelembung terus angkat.
Tak perlu banyak kali balik-balikkan. Hanya 2 kali balikkan sahaja ya







Alright,puri kita dah pun siap.Kalau pekena dengan sambal ikan bilis atau kari ni mahu terangkat.:D